Monday, 5 December 2011

rugi 12 juta apabila 13 kereta sport kemalangan di jepun



Tiga belas pemilik kereta sport dan seorang pemandu Toyota Prius mungkin menangis bercucuran air mata semalam, selepas kereta mereka saling berlanggar dalam satu kemalangan di jalan tol di Jepun.
article 0 0F0C887900000578 454 634x419 13 Kenderaan Sport Mewah Dan 1 Kenderaan Biasa Terlibat Dalam Kemalangan Yang Membabitkan Kerugian RM12 Juta
article 0 0F0C89D000000578 462 306x465 13 Kenderaan Sport Mewah Dan 1 Kenderaan Biasa Terlibat Dalam Kemalangan Yang Membabitkan Kerugian RM12 Juta
Kerana kesilapan perhitungan oleh seorang pemandu Ferrari yang memimpin konvoi kereta sport tersebut telah mengakibatkan kemalangan dengan kerugian yang melampau ini, iaitu sekitar RM12 juta.
Menurut Mail Online, sepuluh orang telah dikejarkan ke hospital setelah bertembung di jalan tol Chugoku di Shimonoseki, daerah Yamaguchi, petang Ahad lalu (04/12/2011), tetapi tiada yang dilaporkan mengalamai luka-luka serius.
article 2070046 0F0E6DAD00000578 938 634x432 13 Kenderaan Sport Mewah Dan 1 Kenderaan Biasa Terlibat Dalam Kemalangan Yang Membabitkan Kerugian RM12 Juta
article 2070046 0F0E6DB100000578 970 634x410 13 Kenderaan Sport Mewah Dan 1 Kenderaan Biasa Terlibat Dalam Kemalangan Yang Membabitkan Kerugian RM12 Juta
Antara kenderaan yang hancur ialah lapan Ferrari, tiga Mercedes, Lamborghini, Nissan Skyline serta sebuah Toyota Prius Hybrid yang berada di tempat dan masa yang salah.
Polis berkata kemalangan itu berlaku di sebuah selekoh ketika seorang pemandu Ferari berusia 60 tahun yang memimpin konvoi hilang kawalan ketika berusaha memotong kenderaan lain.
Kereta-kereta tersebut kemudiannya mulai saling bertembung hingga membuatkan jalan ditutup selama enam jam, agar perkhidmatan kecemasan dapat membersihkan kekacauan tersebut.
article 2070046 0F0E6F8100000578 35 634x596 13 Kenderaan Sport Mewah Dan 1 Kenderaan Biasa Terlibat Dalam Kemalangan Yang Membabitkan Kerugian RM12 Juta
Supercar yang terlibat dalam kemalangan ini adalah dua Ferrari F430s, dua Ferrari 360 Modena, dua Ferrari F355s, Lamborghini Diablo, Nissan Skyline GT-R (supercar yang hanya terdapat di Jepun) dan dua kereta Mercedes Benz, sedangkan kereta termurah yang terlibat dalam kemalangan itu adalah sebuah Toyota Prius Hybrid.
Sport Nippon menganggarkan nilai kenderaan yang mengalami kemalangan ini sekitar 300 juta yen (sekitar RM12 juta).


No comments:

Post a Comment