Thursday, 15 December 2011

jantan ni habiskan RM1 juta semata mata nak jadi seperti patung barbie

Jason Torres Nicole Sanders Lelaki Habiskan Hampir RM1 Juta Untuk Menjadi Barbie
Seorang lelaki menghabiskan 200,000 pounds (hampir RM1 juta) dalam tempoh 12 tahun untuk menukar dirinya menjadi seorang wanita dan kemudian menjadi seperti boneka Barbie. Jason Torres, adalah nama asal lelaki yang kini berubah nama menjadi Nicole Sanders.
Hasil bantuan dari kekasihnya yang kaya raya, dia telah melakukan banyak pembedahan, bermula dari hidung, payudara, kening, hingga bahagian tubuh lain. Dia juga menyuntik silikon di punggungnya agar kelihatan sempurna seperti sebuah boneka Barbie.
Pembedahan tersebut telah dilakukan sejak berusia 18 tahun lagi. Antara pembedahan-pembedahan tersebut adalah; payudara sebanyak lima kali, hidung empat kali, implan pipi, dagu, kening, yang implan paha, tambah mencantikkan bibir, botoks, hinggalah pemotongan alat kelaminnya.
“Tumbuh besar, saya selalu bermain boneka Barbie dan aku menyukai penampilannya. Saya juga memuja wanita seperti Pamela Anderson dan Carmen Electra. Jauh di lubuk hati saya, saya tahu saya ingin jadi seperti mereka,” ujar Nicole yang mengatakan dirinya kini berusia 30 tahun.
Dia juga mengakui walaupun sukar menghitung angka pasti yang dia menghabiskan untuk semua pembedahan, tapi dia pasti telah menghabiskan sekitar 200,000 pounds. “Saya tidak mahu kelihatan natural, saya ingin tampil glamor dan cantik seperti Barbie,” ujarnya lagi.
Semasa remaja, dia mengakui sering dibuli di sekolah dan pernah cuba membunuh diri semasa berusia 16 tahun. Dia telah menelan 100 pil parasetamol namun ibunya berjaya menyelamatkannya.
Setelah dibawa ke hospital dan menjalani rawatan dan terapi psikologi, dia kemudiannya sedar bahawa yang diinginkan adalah menjadi wanita sepenuhnya. Mengetahui hal ini, Jason kemudian diusir oleh keluarganya semasa berusia 17 tahun dan kemudian berpindah ke Manhattan, New York di mana dia mencari teman-teman yang memihak kepada dirinya.
Dia kemudian menjadi penari di kelab gay dan berkenalan dengan ramai pondan. Dia begitu memuja betapa cantiknya mereka dan mengimpikan dirinya untuk menjadi seperti mereka. – Daily Mail.

No comments:

Post a Comment