Saturday, 17 December 2011

bangangnya.. 600 orang berbogel di pasaraya

BEIJING – Jurugambar terkenal, Spencer Tunick, tidak henti-henti dengan kontroversinya. Yang terbaru, dia telah berjaya menarik lebih 600 orang bergambar tanpa seurat benang pun.
U135P200T1D305139F8DT20100222195128 Aduhai! 600 Orang Bergambar Bogel Dalam Sebuah Pasaraya
Hasil lensa Jurugambar dari Amerika itu disiarkan oleh chinanews.com. Dalam gambar tersebut, ratusan orang tanpa pakaian, berada dalam sebuah pusat membeli belah di Oxford Street, London.
Mereka memenuhi lima tingkat pusat membeli belah tersebut termasuklah tingkat yang paling bawah dan berbaris menaiki eskalator, seakan beramai-ramai menuju suatu tempat. Tunick memberikan judul terhadap gambar tersebut sebagai’BeConsumed’. Namun masih belum lagi ada Kenyataan rasmi darinya mengenai karya terakhir ini.
Tunick memang saya kenali atas kemampuannya mengumpul manusia sebenar menanggalkan pakaiannya. Beberapa karyanya dengan ratusan orang bogel itu tidak mungkin terdapat di tempat lain di dunia. Modelnya adalah terdiri daripada sukarelawan yang tidak menerima bayaran pun tetapi menerima gambar edisi terhad itu.

p/s: Inilah dunia hampir kiamat. Mereka seolah-olah berbangga apabila berbogel walau tanpa bayaran pun. Harap semua tidak terpengaruh dengan perkara sebini kerana ia hanyalah sekadar berita dan bukan lah untuk mengajak anda semua atau menjadikan ia sebagai idea baru.

No comments:

Post a Comment