Regard : Danny Zickry / Danial Zikri
Qobin selesai misi ekspedisi esok
Daki Gunung Elbrus tertinggi di Eropah
SEPANG: Pendaki negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtharuddin atau Qobin, akan menyelesaikan misi terakhir Ekspedisi Tujuh Puncak Tujuh Benua Tujuh Nilai dengan pendakian gunung tertinggi di benua Eropah, Gunung Elbrus di Russia, esok.
Beliau bersama 19 pendaki lain yang turut membabitkan empat wakil media termasuk ketua jurufoto The New Straits Times Press (NSTP) biro Putrajaya, Abdul Rahim Rahmat, berlepas ke Russia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9 malam semalam.
Qobin, 30, berkata beliau amat bersyukur kerana misi untuk mengharumkan nama negara melalui ekspedisi itu akan lengkap tidak lama lagi.
“Kumpulan ini akan mula mendaki esok (Sabtu) dan dijangka turun ke kaki gunung pada 15 Jun. Kami menjangkakan dapat pulang ke tanah air pada 21 Jun ini.
“Kami akan mendaki gunung yang mempunyai ketinggian 5,642 meter itu dengan suhu di bawah paras beku iaitu -25 darjah celsius," katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA, di sini, semalam.
Sebelum ini, beliau berjaya menawan enam puncak tertinggi di enam benua iaitu Gunung Kilimanjaro di Tanzania (Afrika); Gunung Vinson Massif (Antartika); Gunung Aconcagua di Argentina (Amerika Selatan); Gunung Everest (dari arah Tibet), Gunung Cartzen Pyramid (Australasia) dan Gunung Mckinley di Amerika Utara.
Agen Judi - SBOBET - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen ASIA77 - 988betlink
ReplyDeleteAgen Judi Online
Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino
Golkar Anggap Prabowo Sengaja Manfaatkan Isu Rohingya
?
Pernyataan PSSI untuk Sanksi Persib Terkait Koreografi
Gagal Juara Piala AFF U-18, Egy Berharap Timnas U-19 Lolos ke Piala Dunia U-20
AIS Regional Malang Kolaborasi Berbagi Sesama
End of Season and 7th Anniversary of AIS Lampung