Sunday, 13 November 2011

mayat bangun ketika dibedah siasat

Carlos Camejo (33), dinyatakan meninggal dunia setelah mengalami kecelakaan di jalan raya. Ia kemudian dibawa ke bilik mayat untuk dibedah siasat. Tiba-tiba "mayat" yang tengah mereka bedah itu berdarah, dan sedarlah mereka bahawa Carlos Camejo masih hidup. Para doktor dengan segera mencari jarum untuk menjahit luka di wajahnya. "Saya bangun kerana sakitnya bukan main," kata Camejo, seperti dikutip akhbar tempatan El Universal.

Isterinya yang sedang dirundung kesedihan dan diminta untuk datang ke bilik mayat untuk mengidentifikasikan tubuh suaminya turut  terkejut kerana melihat suaminya masih hidup dan berjalan ke koridor. Waktu ini Carlos Camejo memiliki bekas jahitan di wajahnya dan menyimpan dokumen perintah bedah siasatnya.



Carlos Camejo menunjukan dokumen bedah siasatnya


No comments:

Post a Comment