Wednesday, 24 August 2011

kanggaru curi seluar dalam wanita



BENJI yang merupakan seekor kanggaru ditangkap polis selepas ia mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di Prague baru-baru ini.



PRAGUE, Republik Czech - Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.
Sebelum ditangkap, polis mendapat panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di ampaian baru-baru ini.
Seorang jurucakap polis menjelaskan bahawa pihaknya juga menerima aduan daripada pemilik kanggaru itu bahawa haiwan tersebut telah melarikan diri.
Menurutnya, ketika itu, polis tidak berpendapat bahawa kedua-dua kes berkenaan mempunyai kaitan.
Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: "Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.
"Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya." - Agensi

bom mortar depan rumah


ALOR SETAR: Seorang pendawai elektrik hari ini menemui sebutir bom mortar lama dalam sebuah parit di hadapan rumahnya di Kampung Belakang Taman Maju, Alor Janggus, di sini, hari ini. 

Mohd Azaini Kassim, 35, sedang mengorek parit itu bagi melancarkan aliran air apabila menemui bom itu.

Isteri beliau, Umi Kalsum Awang Kechik, 27, berkata jiran mereka yang bertugas sebagai anggota tentera mengesahkan bom mortar itu sudah tidak aktif.
Mohd Azaini kemudian membuat laporan polis. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan, berkata bom mortar itu tidak berbahaya kerana ia digunakan untuk latihan sahaja. 

Polis sudah mengambil bom itu untuk dimusnahkan. - BERNAMA

Tuesday, 23 August 2011

tak boleh pakai nset seumor hidup sebab langgar mati orang tua






GLENDALE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang melanggar mati lelaki berusia 80 tahun ketika dia menaip mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) semasa memandu dilarang seumur hidup daripada membawa telefon bimbit di dalam keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berkenaan, Ani Voskanian (gambar), 21, dijatuhi hukuman pelik itu sebagai persetujuan bersama pihak pendakwa raya untuk mengelakkan dia daripada dihukum penjara.
Voskanian mengaku menyebabkan kematian Misak Ranjbar di sini, negeri California, selepas melanggar lelaki berusia 80 tahun itu ketika dia melintas jalan pada September tahun lalu.
Pemeriksaan pada telefon bimbitnya menunjukkan dia telah menghantar mesej SMS sejurus sebelum kemalangan maut itu.
"Dalam kes ini, sebuah keluarga kehilangan ketua keluarga. Namun, satu lagi keluarga akan kehilangan anak perempuannya jika wanita itu dipenjarakan," kata seorang pegawai polis di sini, Ashraf Mankarios.
Keluarga mangsa turut bersetuju dengan hukuman tersebut malah mereka turut menulis surat sokongan kepada hakim yang mengadili perbicaraan kes berkenaan.
Voskanian juga diperintah menjelajah sekolah-sekolah di sekitar tempat dia tinggal selama 300 jam untuk bercakap mengenai bahaya menghantar SMS semasa memandu. - Agensi

winslet selamatkan ibu bilionair berusia 90 tahun



SEORANG anggota bomba menyembur air ke arah rumah milik Richard Branson di Pulau Necker, Kepulauan Virgin kelmarin.



PULAU NECKER, Kepulauan Virgin - Aktres Britain, Kate Winslet membantu menyelamatkan ibu ketua syarikat penerbangan tambang murah Virgin, Richard Branson apabila vila yang mereka diami di tepi Laut Carribean di sini terbakar setelah disambar petir.
Wanita berusia 90 tahun itu dibawa keluar ke tempat yang lebih selamat. Winslet dan anak-anaknya adalah antara tetamu yang terpaksa melarikan diri apabila kediaman milik Branson itu hangus terbakar.
Rumah agam berharga beberapa juta pound itu dibina di atas pulau ini yang dibeli oleh taikun berkenaan pada harga £60 juta (RM294.21 juta). Ia disambar petir sebelum terbakar awal pagi kelmarin apabila rantau berkenaan dilanda Taufan Irene yang bergerak selaju 144 kilometer sejam.

KATE WINSLET



Api merebak dengan cepa,t sekali gus memaksa penghuninya termasuk Winslet dan dua anaknya bertindak menyelamatkan nyawa mereka.
Menurut Branson, Winslet bertindak seperti seorang wirawati Hollywood sejati apabila ia mengangkat wanita berusia 90 tahun itu dan berjalan keluar dari rumah agam berkenaan yang runtuh sejurus kemudian.
Ketika kejadian, Branson, 61, menginap di sebuah vila lain sekitar beberapa puluh meter daripada rumah agam berkenaan bersama isteri, Joan dan anak lelakinya, Sam.
"Terdapat sekitar 20 orang dalam rumah itu dan mereka semua berjaya keluar dengan selamat," katanya.
Branson yang mengetuai konglomerat Kumpulan Virgin yang terdiri daripada 400 buah syarikat, memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$4.2 bilion (RM12.4 bilion).- Agensi

budak berwajah dua


Bayi laki-laki ini berusia 14 bulan menghidap Moebius syndrome lahir dengan potongan wajah kedua. Semua tanda pada masa kehamilan menunjukkan bahawa kanak-kanak dari ibu muda YiXilian ini sihat dan normal, tapi saat Kangkang lahir, kebenaran pun terungkap. Anak malang itu kelihatan seperti mengenakan topeng.





Tak ada yang tahu apa penyebab keadaan ini. Ia terjadi kerana jangkitan, atau penggunaan ubat-ubatan pada masa kehamilan. Menurut sebuah sumber, ubat yang digunakan sang ibu saat hamil adalah ubat anti-keguguran yang diresepkan oleh dokternya. Sedihnya, kos rawatan keadaan ini sangat mahal. Sejak dibawa ke rumah sakit di Changsha saat usia Kangkang masih 20 hari, hingga saat ini ia telah mengeluarkan 300-400 ribu Yen, atau kira-kira 800 juta ringgit hingga 1 bilion!

lovebite yang bahaya



AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya. Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.



Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya. Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. 

Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan – kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.-reuters

habis punah ranah, lori ni masih berjalan lagi


mungkin baru lepas xcident kot.. walaupon da macam besi buruk masih tetap bergaya di jalan raya hahaha..
93267865 Lori Barai Bergerak Di Tengah Jalan Raya
lagi gambar…
79278599 Lori Barai Bergerak Di Tengah Jalan Raya