Tonton online Bini-biniku gangster full movie disini. Bagi sesiapa yang belum lagi menonton filem Bini-biniku gangster, mari layan filem gempak ni kat sini. Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka. Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang. Manja di mata Herry seorang surirumah yang rajin dan p
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts
Friday, 7 October 2011
bini-biniku gengster full movie tonton online
Thursday, 15 September 2011
download free hantu bonceng

Hantu Bonceng
Pengarah : Ahmad Idham
Syarikat Penerbit : Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Seram
Tarikh Tayangan : 31 Ogos 2011
Pelakon: Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Taiyuddin Bakar

DOWNLOAD HANTU BONCENG
FILESONIC = DOWNLOAD
UPLOADSTATION = DOWNLOAD
WUPLOAD = DOWNLOAD
FILESERVE = DOWNLOAD
HOTFILE = PART1, - PART2, - PART3 - PART4
MEDIAFIRE = PART1, - PART2, - PART3 - PART4
Kredit: jiwang.org, Cyberez
SINOPSIS HANTU BONCENG
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.
sumber:pereka cerita
Monday, 8 August 2011
cerita beruk kuasai box-office di us [movie online]
SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem Rise of the Planet of the Apes.
LOS ANGELES - Filem Rise of the Planet of the Apes meraih kutipan tiket tertinggi pada tayangan hujung minggu lalu.
Filem terbitan studio 20th Century Fox itu menjana kutipan tiket AS$54 juta (RM162.9 juta) pada tayangan pembukaannya sekali gus mengungguli carta box-office AS.
Menampilkan James Franco, Freida Pinto dan Andy Serkis sebagai watak utama, Rise of the Planet of the Apes mengisahkan bagaimana spesies beruk berevolusi menguasai dunia daripada manusia.
Berada di tangga kedua ialah filem The Smurfs yang diadaptasikan daripada watak kartun popular dengan kutipan tiket AS$21 juta (RM63.40) diikuti filem sains fiksyen Cowboys & Aliens yang menjana kutipan AS$15.8 juta (RM47.6 juta) di tempat ketiga.
Filem komedi lakonan Ryan Reynolds dan Jason Bateman, The Change-Up menduduki tempat keempat apabila memperoleh kutipan tiket AS$13.5 juta (RM40.7 juta) manakala Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 memperoleh kutipan AS$12.2 juta (RM36.8 juta) untuk mengekori di tempat kelima selepas beberapa minggu ia ditayangkan.
Filem terakhir Harry Potter itu turut menjana perolehan keseluruhan mencecah AS$1.13 bilion (RM3.4 bilion) hasil tayangan di seluruh dunia. - AP
korang nak tengok cite nie?
jom layann~
Friday, 5 August 2011
senario the movie ops pocot free download

SENARIO THE MOVIE OPS POCOT
Pengarah : Ismail bob Hashim
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi
Tarikh Tayangan : 21 Julai 2011
Pelakon: Azlee Senario, Mazlan Pet Pet, Wahid Senario, Diana Amir
Sumber: sinemamalaysia.com
DOWNLOAD SENARIO THE MOVIE OPS POCOT
FILESONIC = DOWNLOAD
UPLOADSTATION = DOWNLOAD
FILESERVE = DOWNLOAD
HOTFILE = PART1, - PART2, - PART3, - PART4
MEDIAFIRE = PART1, - PART2, - PART3, - PART4
Kredit: Jiwang.org, Teamaryzs
SINOPSIS SENARIO THE MOVIE OPS POCOT
Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu memebuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).
Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya?
p/s video online akan menyusul kemudian
Wednesday, 3 August 2011
watch online and free download TOLONG AWEK AKU PONTIANAK

Tolong Awek Aku Pontianak
Pengarah : James Lee
Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Seram
Tarikh Tayangan : 07 Julai 2011
Sumber: sinemamalaysia.com

DOWNLOAD TOLONG AWEK AKU PONTIANAK
HOTFILE = PART1, - PART2,
FILESERVE = DOWNLOAD
WUPLOAD = DOWNLOAD
UPLOADSTATION = DOWNLOAD
FILESONIC = DOWNLOAD
Kredit: jiwang.org
TENGOK FULL MOVIE ONLINE TOLONG AWEK AKU PONTIANAK
SINOPSIS FILEM TOLONG AWEK AKU PONTIANAK
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.

Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya.

Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.
SUMBER
Tuesday, 19 July 2011
filem harry potter kutip 1.4 bilion
SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2.
LOS ANGELES - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2 terus memecah rekod di pawagam antarabangsa hujung minggu lalu dengan kutipan tiket melepasi setengah bilion dolar dalam jumlah penerimaan di seluruh dunia selepas beberapa hari ditayangkan.
Pada malam Ahad lalu, filem itu telah mencapai kutipan AS$481.5 juta (RM1.4 bilion) di seluruh dunia dengan memecah rekod AS$312.3 juta (RM940.8 juta). kutipan itu datang dari 59 wilayah antarabangsa termasuk rekod di Britain iaitu AS$36.6 juta (RM110.2 juta) dan Australia AS$26.7 juta (RM80.4 juta).
Filem Transformers: Dark of the Moon pula meneruskan tarikan penonton antarabangsa pada minggu ketiga ditayangkan.
Selepas mendominasi carta selama dua minggu, filem arahan Micheal Bay itu masih menjadi kegemaran ramai apabila ia menambah kutipan sebanyak AS$39 juta (RM117.4 juta) di 9,300 lokasi.
Penambahan itu menyebabkan kutipan tiket filem tersebut bertambah kepada AS$460 juta (RM1.3 bilion) di seluruh dunia.
- Agensi
Monday, 18 July 2011
juvana cetus fenomena terbaru
BUKAN hanya impak dari segi populariti tetapi Juvana juga telah berjaya menjalinkan ukhuwah sesama mereka. |
DRAMA bersiri popular, Juvana yang mula ditayangkan pada 25 April lalu di TV3 sememangnya telah mencetus fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara.
Ia bukan sekadar omongan kosong sebaliknya ia dapat dibuktikan dengan rating yang dicatatkan oleh AC Nielsensetiap minggu.
Episod pertamanya sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta sekali gus meletakkan karya terbitan Filmscape Sdn. Bhd., itu sebagai salah sebuah drama bersiri popular.
Bermula daripada episod kedua sehingga ke-12, Juvanaterus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir tiga juta penonton setiap minggu.
Impak yang terhasil daripada Juvana juga bukan sedikit sehingga kesemua pelakon yang membintangi drama bersiri itu sudah berupaya mengumpul peminat mereka sendiri.
Ternyata pertaruhan Filmscape meletakkan 12 pelakon baru untuk menerajui Juvana dilihat telah berjaya sekali gus membuktikan bahawa karya yang bagus bukan terletak kepada populariti seseorang pelakon itu semata-mata.
Sebaliknya, ia juga terletak kepada jalan cerita yang memiliki sentuhan segar selain menepati cita rasa penonton terutama golongan muda.
Terasa waktu begitu pantas berlalu sehingga tidak disedari, Juvana yang mendapat sentuhan Faisal Ishak selaku pengarah itu sudah sampai ke kemuncaknya.
Untuk episod kemuncak malam ini, penonton setia Juvana bakal menyaksikan kesudahan konflik yang berlaku di Sekolah Wira Bakti dengan kejutan yang menanti.
Hits berkesempatan mencuri masa empat pelakon utama Juvana iaitu Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Johan As'ari dan Adam Shah untuk disatukan dalam sesi fotografi sempena episod kemuncak Juvana yang akan ditayangkan malam ini pukul 9 malam di TV3.
ps:kne tgk mlm ni, episod akhir..hehee
ps:kne tgk mlm ni, episod akhir..hehee
Sunday, 17 July 2011
Filem Terbaru Shuib Sepah, Man Sewel Datang K.L
Man Sewel Datang KL’ bukan lawak semata tapi memberi teladan
Senario filem tempatan sekarang yang dilihat banyak terarah pada genre komedi dan seram mendorong Work Move Production Sdn Bhd menerbitkan filem pertamanya “Man Sewel Datang KL”
Filem yang telah memulakan pengambaran sejak 13 Mac 2011 lalu dan berakhir 5 April 2011 ini diarahkan oleh Abd. Rahman Adam dengan membariskan pelakon utamanya Shuib Sepah sebagai Man Sewel dan beberapa lagi pelakon lain seperti Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam, Fida Ibrahim dan Chef yang Jamil.
Menurut Saudara Abd. Rahman Adam, filem ini bukan sekadar menghidangkan lawak semata-mata kepada penonton tapi juga pengajaran berguna yang boleh dijadikan teladan.
.
Sinopsis
Filem ini mengisahkan Osman/Man (Shuib) pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon (Rosnah Mat Aris) hasil peninggalan harta arwah bapanya.
Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim (Razali Hussain). Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia (Julia Ziegler), seorang bekas model.
Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.
Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.
Man yang sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan kehidupannya di ibu kota. Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam namun malangnya dia ditipu.
Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah (Fida Ibrahim) telah menjadi milik oleh kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.
Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah (Siti Sarah Raisudin) yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.
Suatu hari Man terserempak dengan Leman (Rosli Rahman), orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah.
Man kemudiannya menyedari Salim dan Nadia sememangnya terbabit dalam kegiatan jenayah. Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap cinta Nadia angkara Salim. Hasil bantuan Leman dan Pak Din (Zaibo), seorang tukang urut tradisional yang pernah menjadi mangsa Salim, kegiatan jenayah Salim dam Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis
Hubungan Man dan Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta.Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini hanya pada Salbiah.
.
‘Man Sewel Datang KL’ Bukan Ditiru
Pengarah filem Man Sewel Datang KL, Abdul Rahman Adam menolak dakwaan bahawa filem tersebut terikut-ikut dengan drama komedi seperti Halimah Jongang dan Fatimah Juling terbitan Ai.Aida Production sebelum ini.
Jelas Abdul Rahman, filem itu mempunyai identiti tersendiri berdasarkan kehendak dan trend penonton yang lebih menyukai komedi ringan.
“Kami mempunyai identiti tersendiri dan bukan kerana terikut-ikut drama komedi seperti Halimah Jongang atau Fatimah Juling.
“Ketika diberi tanggungjawab menulis skrip dan mengarah filem, saya telah mengkaji trend penonton sekarang yang mahukan filem genre komedi dan ringan,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di dataran Finas, di sini Selasa.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
Tambah Rahman, senario penonton kini lebih gemar filem yang tidak perlu berfikir dan dekat dengan kehidupan realiti mereka.
“Daripada kajian yang saya lakukan 80 peratus penonton suka hiburan yang mudah dan ringan ditambah dengan filem-filem yang sekarang ini mendapat sambutan seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah,” katanya.
Justeru, filem Man Sewel Datang KL juga menyelitkan mesej-mesej pengajaran yang kebanyakannya dilalui oleh golongan muda yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari rezeki.
Filem terbitan Work Move Production Sdn Bhd ini telah melakukan penggambaran pada 13 Mac hingga 5 April lalu sekitar Lembah Klang dengan kos sebanyak RM1.3 juta.
Antara barisan artis yang membintangi filem ini ialah Shuib Sepah, Siti Sarah Raisuddin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rosnah Mat Aris, Zaibo dan Fida Ibrahim.
Apa kata shuib dan siti sarah
Siti Sarah Raissuddin, 27, dan Shahmira Muhamad, 27, atau Shuib buat pertama kalinya disatukan dalam sebuah filem berjudul Man Sewel Datang KL.
Menurut Shuib, filem itu juga merupakan filem sulung yang dilakonkannya tanpa dua ahli kumpulan Sepah yang lain iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat) dan Mohd. Nadzri Zainal Abidi (Jep).
“Saya dapat rasakan kelainan berlakon bersama Sarah kerana lebih selesa setelah bergelar suami isteri. Pergerakan juga tidak terbatas kerana kami berdua memegang watak sebagai suami isteri dalam filem ini.
“Ia juga filem solo pertama saya tanpa anggota Sepah. Kebetulan, setiap daripada kami mempunyai projek solo masing-masing,” katanya yang ditemui pada sesi penggambaran filem tersebut di Jalan Ampang hari ini.
Tambah Shuib, memandangkan mereka baru sahaja berkahwin, dia begitu mengharapkan agar Sarah sentiasa berada di sisinya, jadi kedua-dua mereka bersetuju menerima tawaran berlakon dalam filem terbitan Work Move Production Sdn. Bhd. itu.
Sementara itu Sarah memberitahu, berlakon di samping Shuib memberikannya satu semangat yang lain kerana antara mereka mempunyai satu ikatan yang kuat.
“Walaupun pelakon-pelakon lain turut memberi sokongan dan bantuan, ia tidak sama sekiranya saya mendapat sokongan daripada insan disayangi dan dekat di hati saya.
“Bukan setakat filem ini sahaja, kemungkinan saya dan Shuib akan mempertimbangkan untuk berlakon bersama lagi jika diberi peluang,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Ke Hujung Dunia itu.
.
.
p/s : Jika anda ingin mengetahui bagaimana kesudahannya, tontonilah filem komedi ini dipawagam bulan November 2011 nanti…
Subscribe to:
Posts (Atom)


