Friday 15 June 2012

Anak jati jolai di puncak dunio

Harini adalah perkara paling membangga kan apabila salah seorang sahabat saya seorang anak felda jelai telah tamat melakukan pendakian di gunung elbrus rusia sekaligus mengharum kan nama malaysia Anis Sharuddin 23 telah selamat membuat pendakian setinggi 5642 meter dengan kesejukan -25 celcius dipuncak bersama Qobin pendaki negara kita,mereka dijangka pulang ketanah air pada 21 hb jun ini di KLIA.. berikut adalah sisipan akhbar berita harian semalam, dan mereka telah dilapor kan mula melakukan penurunan dari puncak bermula hari ini.. di dalam akhbar utusan harini ( semalamhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Qobinselesaimisiekspedisiesok/Article/index_html ) namun sisipin akhabr oline harini belum dimuat masuk, sisipan terdapat didalam naskah akhbar berita harian dan utusan harian harini...


Regard : Danny Zickry / Danial Zikri

Qobin selesai misi ekspedisi esok

Daki Gunung Elbrus tertinggi di Eropah

SEPANG: Pendaki negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtharuddin atau Qobin, akan menyelesaikan misi terakhir Ekspedisi Tujuh Puncak Tujuh Benua Tujuh Nilai dengan pendakian gunung tertinggi di benua Eropah, Gunung Elbrus di Russia, esok.

Beliau bersama 19 pendaki lain yang turut membabitkan empat wakil media termasuk ketua jurufoto The New Straits Times Press (NSTP) biro Putrajaya, Abdul Rahim Rahmat, berlepas ke Russia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9 malam semalam.

Qobin, 30, berkata beliau amat bersyukur kerana misi untuk mengharumkan nama negara melalui ekspedisi itu akan lengkap tidak lama lagi.

“Kumpulan ini akan mula mendaki esok (Sabtu) dan dijangka turun ke kaki gunung pada 15 Jun. Kami menjangkakan dapat pulang ke tanah air pada 21 Jun ini.

“Kami akan mendaki gunung yang mempunyai ketinggian 5,642 meter itu dengan suhu di bawah paras beku iaitu -25 darjah celsius," katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA, di sini, semalam. 



Sebelum ini, beliau berjaya menawan enam puncak tertinggi di enam benua iaitu Gunung Kilimanjaro di Tanzania (Afrika); Gunung Vinson Massif (Antartika); Gunung Aconcagua di Argentina (Amerika Selatan); Gunung Everest (dari arah Tibet), Gunung Cartzen Pyramid (Australasia) dan Gunung Mckinley di Amerika Utara.





1 comment: