Sunday 28 August 2011

bawa keuntungan jika sentuh payudaranya


Sebuah patung yang dibangun sebagai penghormatan bagi percintaan Shirley Valentine di kawasan tempat percutian terkenal kini rosak kerana banyaknya kaum hawa yang menyentuh payudara kanan patung tersebut agar beruntung.

Patung peringatan setinggi manusia yang menggambarkan pasangan pelancong dan nelayan itu diciptakan di resort pantai Makarska di Croatia sebagai penghargaan kepada semua pelancong wanita yang jatuh cinta pada pemuda tempatan.

Di sini ada tradisi bahawa jika anda baru mempunyai hubungan dengan pemuda tempatan dan anda menyentuh payudara kanan patung anda akan beruntung. Kerana selalu disentuh, cat di patung tersebut kini pudar.

Warga tempatan menamai karya seni itu sebagai Tribute to the Unknown Seagull, dari nama pelaut yang mencuba untuk menpunyai hubungan dengan pelancong wanita.

Saturday 27 August 2011

anime naruto terbaru dari jepun episod 226

anime naruto terbaru dari jepun episod 226

ibu rantai anak selama 23 tahun dalam keadaan bogel



XIAO ANRONG menggunting rambut anaknya, Tang Zuhua yang dirantai dalam keadaan bogel di sebuah bangsal di Chingqing, China baru-baru ini.


CHONGQING - Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.
Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.
Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.
Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai.
Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.
Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.
Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.
Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.
Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak. - Agensi

jururawat telanjang buat demontrasi kanser


Seorang jururawat perempuan cantik telanjang membuat demonstrasi cara memeriksa payudara dalam satu acara di televisyen Jepun.

Program yang ditayangkan pada tengah malam ini di satu channel televisyen di Tokyo mempromosikan cara mendeteksi kanser payudara.

Menurut kata-kata dari jururawat seksi itu, perempuan yang mendapatkan menstruasi sebelum umur 12 tahun atau memiliki bayi sebelum umur 30 tahun memiliki risiko tinggi untuk terkena kanser payudara."Perempuan yang memiliki riwayat seperti ini harus memeriksa payudara mereka setiap bulan," katanya.  

makan banyak tetap kurus kering





MANCHESTER - Seorang wanita, Carole French (gambar), mengalami mimpi ngeri apabila berat badannya tetap 38.10 kilogram (kg) meskipun dia makan pelbagai makanan, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu dua cahaya mata itu merupakan salah seorang daripada dua individu di dunia yang dikesan mengalami masalah badan mereka tidak boleh menyimpan lemak.
Disebabkan terlalu kurus, French, 50, perlu memakai pakaian saiz kanak-kanak berusia 10 tahun.
Menurutnya, ekoran badannya yang terlalu kurus, orang ramai menganggap dia menghidap anoreksia.
"Saya makan seperti seekor kuda. Saya tidak pernah tidak makan," katanya.
Dia berkata, ramai orang memberitahunya bahawa dia seorang yang bertuah kerana tubuhnya yang kurus.
Semasa dia berumur 13 tahun, berat badannya cuma 25.40kg menyebabkan ibu bapanya berasa yakin dia mengalami masalah pemakanan. - Agensi

jamal abdillah menderma beras 1 traller



JAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam.


IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.
Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.
“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.
“Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya.

Friday 26 August 2011

safiq rahim ke eropah



SAFIQ (kiri) bakal menyarung jersi Cardiff City dalam Liga Divisyen 2 England.



KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.
Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.
“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.
“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).
“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.
“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.
“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.
Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.
Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.
Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

kereta pon nak pakai bulu mata palsu..











mata terbuka ketika menjalani pembedahan jantung

Bagaimana kita mampu bayangkan kejadian ini ,mata seorang pesakit terbuka ketika sedang dibedah dengan bahagian perut yang terburai terbuka kerana sedang melakukan pembedahan jantung.Gambar kejadian ini diambil daripada kamera yang dipasang di bilik pembedahan.


Inilah yang dialami oleh pemuda yang berusia 23 tahun bernama Swaroup Anand di hospital Wockhardt, Banglore India. Pakar bedah Dr Vivek Jawali menyebutkan telah melakukan pembedahan dengan keadaan seperti ini lebih dari 600 kali sejak tahun 1999.

Menurutnya pula pembedahan yang dilakukan dengan teknologi modern dan sistem robot tersebut berusaha memberikan intervensi yang sedikit pada tubuh, dan membiarkan semua fungsi tubuh berjalan lebih semula jadi.


pelik, fesyen bulu mata panjang di china







tukar warna kereta tanpa mengecat

Dengan menggunakan foil kereta yang bernama German foil (bukan aluminium foil), maka pemilikkereta tidak perlu lagi ke bengkel menunggu berhari-hari untuk menukar warna kereta.
Cuma gunakan German foil ini untuk menukar warna kereta. Hanya beberapa orang diperlukan untuk membantu memegangi foil ini dan kemudian menggunting dan menampalnya dengan kemas.

Begitu mudah untuk menukar waran kereta.Kalu harga berpatutan agaknya sebulan sekali tukar warna kereta.Tapi tak tahu pula teknologi ini sudah sampai ke negara kita.Tak payah tunggu sampai cat kering.Siap boleh pandu... Teknologi terbaru ini dibangunkan oleh Foilacar, dan inilah hasilnya:



Thursday 25 August 2011

10 kereta paling mahal di dunia

Ehsan dari Google.

Yeah, aku cuba untuk memberi informasi yang tepat dan penuh "berkhasiat". Haha.
Aku cuba Google dan Google, aku terjumpa senarai senarai benda yang paling mahal didunia.

Antaranya, Kereta. Memang banyak dan teramatlah mahal harganya. I'm wish I can buy this car man !
Lihatlah dan cuba untuk kagumi ia eh. Hehe. :D


Bugatti Veyron $1,700,000





28 maut di serang kumpulan pengedar dadah mexico

ASAP tebal menyelubungi bangunan Kasino Royale di Monterrey, Mexico yang terbakar akibat letupan susulan serangan pengedar dadah yang menuntut wang perlindungan, hari ini. Ia menyebabkan 23 mangsa terbunuh dan 10 yang lain cedera. - Foto AFP


MONTERREY: 24 lelaki bersenjata menyerbu sebuah kasino di Utara Mexico, awal pagi tadi dan membakar pusat perjudian Kasino Royale itu. 

Pihak Berkuasa Tempatan, berkata ia menyebabkan pengunjung di dalamnya terperangkap dan membunuh sekurang-kurangnya 28 mangsa serta mecederakan 12 yang lain.

Kebakaran di Kasino Royal di Monterrey menunjukkan peningkatan aktiviti keganasan yang berkaitan dengan kegiatan pengedaran dadah.
Malah, serangan terbaru itu adalah insiden terburuk yang dilakukan terhadap pusat hiburan di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan serangan terhadap pengedar dadah pada akhir 2006. - AFP 

bahaya bersin [lawak]

kesian mamat nie, akibat bahana bersin habis semua sumber baja terkena ke muka membe blakang..hahaha



wekkk~

tak tahan.. situ jugak dia pancut [18sx]


Pernah tak korang alami situasi di mana korang dah tak tahan sangat? Dan yang lagi teruknya memang korang dah takde masa atau tempat nak melepas. Dan yang lagi teruk seteruk-teruknya, tempat korang tu ada model yang seksi siot. Lagi ar tak boleh tahan. Hah camna tu? Apa nak buat? Jom ikut petua budak laki ni. hehehe…

gambar pancut depan model
sumber

wah..petani ni berjaya cipta pesawat terbang la..


I7RQRftUs8 Hebat; Petani Berjaya Cipta Pesawat Terbang
BEIJING – Seorang petani di China telah berjaya menyempurnakan penerbangan perdananya dengan menggunakan “piring terbang” buatannya. Shu Mansheng hanyalah seorang lelaki yang berkelulusan sekolah rendah sahaja, berjaya menerbangkan pesawat itu setinggi dua meter.
Dia yang hanya belajar mekanik dan elektronik secara sendirian berjaya membuat piring terbang dengan menggunakan lapan enjin dengan baling-baling.
Ini bukan karya pertama yang dibuat oleh petani tersebut, sebelumnya dia telah membuat dua pesawat jet, walaupun projek tersebut gagal.
Pesawat jetnya yang pertama tidak sempat berlepas kerana enjinnya meletup, sementara pesawat kedua-duanya hancur sebelum berlepas.
Petani ini menghabiskan dana sebesar RM 30 ribu pada dua pesawat sebelumnya, hingga akhirnya dia kembali memulakan reka bentuk baru untuk pesawat yang berjaya terbang ini.
Kini Shu merancang untuk menyempurnakan piring terbangnya dengan harapan dapat mendirikan sekolah bagi yang berminat dengan projek yang sama.
“Mimpi saya adalah untuk membuat sebuah sekolah khas, di mana anak-anak boleh belajar segala hal yang tidak diajarkan di sekolah biasa,” turutnya lagi.

iklan raya dan merdeka petronas


SoFmf Iklan Raya & Merdeka PETRONAS 2011
Iklan bertemakan perayaan dari PETRONAS senantiasa di’nanti oleh rakyat Malaysia dan tahun ini syarikat gergasi Malaysia ini tampil dengan tema ringkas tetapi mendalam — ‘Tangan’.
Pada pandangan kami yang kurang arif akan seni halus ini, iklan terbaru PETRONAS ini terlalu mendalam maksudnya buat rakyat Malaysia.
Bukan senang untuk tampil dengan idea untuk sebuah iklan yang fituntuk dua perayaan berbeza. Pengarah kreatif iklan ini berjaya menyatukan satu subjek untuk dua keadaan. Genius if you ask.
Apa kata anda? Video iklan PETRONAS bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri & Hari Merdeka 2011 selepas ini & undi.


kapsul belon untuk pelancong melihat bumi



KAPSUL yang bergerak ke lapisan stratosfera Bumi dengan belon.



BARCELONA - Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi.
Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam.
Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya.

BENTUK kapsul yang akan dinaiki oleh pelancong.



Ketua Pegawai Eksekutif Zero 2 Infinity, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, dia mendapat idea untuk melaksanakan projek tersebut sepuluh tahun lalu.
Setakat ini tiga ujian sudah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer dari bumi.
Para pelancong akan disajikan makanan semasa mereka berada di dalam kapsul itu. - Agensi

Wednesday 24 August 2011

nelayan menangkap ketam ganjil



RUPA bentuk ketam ganjil yang kini dipelihara di Akuarium Blue Reef, Southsea, Hampshire, Britain.



SOUTHSEA - Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.
Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.
Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin. - Agensi

kejam, gamba pengemis dibelasah




amboi, gumbira sungguh atok ni

amboi.. suka benor atok ni tengok tarian yang menyeksikan ni.. masih ade nafsu lagi ke..hahhaha
image

tuala yang seksi untuk lelaki




[ Haahaa budak-budak takleh tengok. Ni 18sx untuk yang dah baligh, yang dah bersunat dan yang dah kahwin je. :p ]

Well takde ar lucah sangat gambar tuala ni. Just bayangan je. Siapa yang nak buat kontroversi boleh ar pakai tuala ni dan camwhore dalam tandas. Hihihi…
gambar tuala seksi 18sx lelaki wanita


P/s: Ni kot tuala lelaki. Sebab nak challenge dengan tuala wanita :p

peh! daki gunung tak pakai tali



AKSI Alex Honnold mendaki Half Dome di Taman Negara Yosemite, Amerika Syarikat tanpa menggunakan tali semasa dia berumur 23 tahun.



ALEX HONNOLD



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Digelar sebagai bintang 'rock' dalam dunia pendaki, Alex Honnold menjelajah ke seluruh dunia tanpa berasa takut apabila memanjat gunung tanpa menggunakan tali, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Ketangkasan luar biasa yang dimiliki pemuda berusia 26 tahun itu telah menjadikan dirinya sebagai pendaki terbaik dalam generasinya.
Antara kejayaannya sebelum ini adalah mendaki Half Dome di Taman Negara Yosemite dan mendaki cerun setinggi 762 meter dekat puncak Gunung Kota Kinabalu, Sabah.
Honnold mencipta namanya ketika berusia 23 tahun apabila dia mendaki Half Dome dalam tempoh dua jam 50 minit.
Pada kebiasaannya pendakian itu mengambil masa antara sehari atau dua hari. - Agensi