Tuesday 12 July 2011

sinopsis filem hantu bonceng

Pelakon utamanya Zizan Raja Lawak,Hmm,gerenti lawak la filem ni,rasanya boleh pecah perut ni dok gelak,apatah lagi sekarang ni dok tengok persembahan Maharaja Lawak Jozan.Heroin dalam filem ni.Juliana Evans..auww..auww,bijak Ahmad Idham memilih gandingan pelakon,hehehe.

Dah tak mau nak cakap banyak,bukan apa nanti jadi merapu lebih lak,Kita terus ke Sinopsis dan Video trailer Filem ini

Sinopsis
Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.



Video trailer




Hahaha...Tengok Video Trailer pun dah mencuit hati yang sedang berduka lara ni.Ada ka patut Zizan blahh cam tu jer pastu biar awek cun tu kena langgar.(Nak sebut bohsia tak sampai hati lak..hehe)Sama-sama kita saksikan filem Hantu Bonceng pada 31 Ogos ni di pawagam berdekkatan!!

No comments:

Post a Comment